C

Friday, April 15, 2011

Halal And Non-Halal Food While Travelling

السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة


Entry ni khas untuk korang2 beragama Islam/muslims yang suka melancong, sedang melancong dan bakal melancong ke luar Negara.

Sebenarnya isu ni dah lama aku fikir, sejak aku kat sekolah menengah lagi. Banyak aku terbaca blog or dengar citer pengalaman orang gi melancong ke luar negara ni. Memang best and excited kan. Tempat cantik2, ada salji, musim bunga, musim luruh yang takde kat negara kita Malaysia ni.

Tapi bila masuk citer soal makanan jer, aku terus jadi confius. Tapi aku dengar jela orang citer sebab aku tak pernah lagi melancong keluar negara ni. InsyaAllah in progress, nak ikut? :p Tak pun kalu kat blog2 tu, aku baca jer pengalaman dorang. Memang info yang sangat berguna untuk aku gi melancong nanti. Memang best and menyeronokkan pengalaman and nasihat dorang tu.

Aku ambik contoh kalau pergi melancong ke China. Contoh okayy! Disana memang mostly sangat susah nak cari halal food right? And yang menjadi pilihan para pelancong mesti la kedai2 fast food seperti McD, Pizza Hut, Burger King, KFC right? Let says, korang yang beragama Islam ni masuk McD di China tu. Terang2 korang dah tau non halal McD tu sebab ada jual set burger daging pork / babi. Tapi korang order burger fillet fish, Potato, yogurt buah buahan, set makanan penuh dengan sayur-sayuran, air coca cola dan semestinya aiskrim. Sebab bagi korang makanan tu semua takde unsur2 meat. Betul tak?

Korang pernah terfikir tak, even korang order burger fillet fish, tapi korang pasti ke kuali yang chef kat dapur tu guna untuk goreng daging pork and fillet fish tu kuali berbeza? Korang yakin ke kat dapur tu chef menggunakan pinggan yang berbeza untuk letak daging pork dan potato yang korang order? Korang pasti ke senduk,sudu,mangkuk,pisau yang chef guna untuk masak daging pork adalah berasingan dengan senduk,sudu,mangkuk,pisau untuk fillet fish,aiskrim,potato yang korang order tu?

Cuba korang fikir kalu chef tu menggunakan pinggan yang sama camna?
Contoh :
Semalam pinggan tu pekerja McD guna untuk isi burger pork, pastu hari ni korang datang beli, dia guna pinggan yang sama untuk letak burger fillet fish korang.

Cuba fikir? Agak2, kat luar negara tu macam negara China, Korea ke dorang fikir ke nak guna peralatan yang berasingan untuk halal and non-halal food ni? And yang paling penting adakah chef yang berlainan digunakan untuk memasak burger pork and burger fillet fish yang korang order tu?

Korang betul2 tak tau ke, atau sengaja buat2 tak tau pasal isu ni? Atau bagi korang perkara ni remeh jer. Atau bagi korang isu halal & non-halal food ni benda yang simple? Atau bagi korang boleh nak sesuka hati nak menghalalkan yang haram??


Korang tau tak, kalau chef tu pegang daging pork/babi untuk buat burger, pastu jap lagi dia nak masak fillet fish untuk order korang. Chef tu kena samak dulu tangan dia baru boleh pegang fillet fish tu. Korang tau tak, kalau chef tu guna kuali tu untuk goreng daging pork, pastu dia nak goreng fillet fish yang korang order, dia kena samak dulu kuali tu. Korang tau tak, kalu chef tu guna pisau tu untuk potong daging pork, pastu dia nak potong plak salad untuk order korang, dia kena samak dulu pisau tu. Korang tau tak kalu chef tu guna pinggan,sudu semua peralatan la untuk masak burger fillet fish,aiskrim,potato yang korang order tu pekerja McD di China tu kena samak dulu.

Ahli panel JAKIM pun kata Wajib menyamak peralatan memasak yang telah digunakan untuk memasak babi dengan menggunakan sekali air bercampur tanah dan enam kali air mutlak ”  Korang boleh buka laman web JAKIM tanya soalan di bahagian kemusykilan agama tu. Aku pun dah tanya sendiri ke pegawai agama JAKIM, Ustazah Hanim bab halal and non-halal food JAKIM ni. Korang tak caya? Nah, ambik no ni call sendiri 03-83150200 (Hab Halal JAKIM) , Aku pun dah tanya Ustaz Muhammad Azlan Md Aris, Pegawai Hal Ehwal Islam CITU UiTM. Wahh.. bersungguh kan aku? Perasaan ingin tahu aku kan menebal, seperti di entry ini. Selagi tak puas hati, selagi tu la aku call seluruh pegawai agama dalam dunia ini. (Hiperbola di situ ) (^_^)

Cuba korang fikir, chef dan pekerja tu memang samak ke semua peralatan yang dorang guna untuk masak pork tu? Dorang faham ke apa itu samak? Dorang faham ke konsep halal food? Jawapan aku, memang tak la kan. Sebab dorang bukan Islam. Yang salah kita! Sebab ambik remeh soal halal & non-halal food ni bila gi travel.

So, ni persiapan/ knowledge yang sepatutnya kita kena tahu sebelum travel. Bukan hanya mencari knowledge / info hotel mana yang murah, tempat mana best and cantik. Berapa fee entrance tempat tu, tempat ni. Soal makanan? main ambik remeh jer. Hentam la makan kat mana pun. Ye dok? Gitu ke? Kalau korang google ada je rasa tempat2 halal food ni kat sesebuah negara tu. Tapi nape still pilih kedai makan yang terang2 non-halal?? Atau korang langsung tidak google or mencari info soal halal food diluar negara?? Bila sampai sana main redah jer makan apa. Walaupun makanan yang korang order seperti salad, fillet fish, aiskrim tu nampak halal, tapi sebenarnya TAK bila segala peralatan masak tu bercampur aduk dengan yang haram.

Kalau nak cari logo halal JAKIM jugak kat luar negara tu memang tak de la kan. Tapi, kat luar negara tu ada je badan2 Islam / logo halal yang di iktiraf oleh JAKIM. Contohnya kalau gi Australia tu ada Australian Halal Food Service, China ada Shondong Islamic Association, China Islamic Association, kat France ada Ritual Association of Lyon’s Great Mosque and banyak la lagi badan2 Islam/ logo halal ni seluruh negara. Chile, Europe semua ada la. So, kalau korang tengok ada logo2 ni kat restoran tu terjamin la halal. Sebelum gi travel tu, google dulu tanda halal negara yang korang nak pergi tu. Tengok sini kalu nak tengok.


Korang pun tahu kenapa Allah mengharamkan daging babi ni kan. Sebab2 daging babi ni diharamkan. Dalam al-quran pun ada banyak ayat2 yang disebut. Kalau tak tahu, sila google sendiri. Sila tanya ustaz2, ulama’, orang2 yang mahir bab2 agama ni kalau tak puas hati. Jangan malas nak menambah ilmu okay.

Ingatla bila korang makan makanan yang haram ni, dia dah jadi darah daging korang. Bila jadi darah daging korang, secara tak langsung dia jadi turun temurun. Korang berkahwin, dapat anak, menyusukan anak dan etc. Bila makan makanan haram ni, akan bagi kesan kat perangai anak cucu cicit kita. Setiap hukum yang Allah buat tu adalah yang terbaik, ada hikmah dia, ada sebab dan musababnya. Sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

”Alaa.. rilex r, pemikiran ko ni kolot la, tak terbuka langsung. Itu tak boleh, ini tak boleh. Come on la, zaman dah moden wei ”
Kolot? Hukum Allah tu kolot la? Ni namanya menghalalkan yang haram. Dalam Al-quran terang2 kata haram tu, tetap haram!

”Arghh, bedal jela. Rumit la nak check dulu kedai tu halal ke tak. Lantak la. Nanti boleh bertaubat la ”
A’ah, kalau tengah makan tu tetiba Allah tarik nyawa, tak sempat nak taubat camna? Jawab la depan Allah akhirat nanti yer :) Benda tu akan rumit bila kita buat jadi rumit. Di mana ada jalan, disitu ada kemahuan. Tak payah nak banyak alasan!

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).
“ Haa, ko tengok ayat al-quran tu. Kalau terpaksa takpe. Aku gi melancong baru ni takde kedai halal pun. Terpaksa r aku gi makan kedai non halal pun.”
Eh, ko tengok part terpaksa tu je? Konsep terpaksa tu ko tahu tak sebenarnya? Terpaksa tu maksud dia DARURAT sampai mengancam nyawa and tiada pilihan makanan lain dah. Tu pun bukan boleh makan sampai kenyang, just makan sekadar nak menyelamatkan nyawa kita jer. Tu konsep terpaksa. Faham?

Ustaz Azlan kata, kalau ada tempat makanan halal yang jauh 10KM pun kita wajib gi sana. Menipu la sangat dalam sesebuah negara tu takde langsung halal food Sedangkan penduduk umat islam ada seluruh dunia. Dah tau nak gi travel negara camtu, nape tak standby own food? Macam maggi cup ke, biskut2 ke, roti2 ke. Kat supermarket sana ada fruits kan. Beli la fruits tu. Please la, jangan pandang remeh. Please la jangan nak ambik ambik mudah jer.

Eh, orang kata, kita ni kan kalau nak gi sesebuah negara tu, jangan fikir rumit sangat la. Sometimes kita kena be fleksibel.
Ko ni suka dengar orang kata. Sikit2 orang kata, sikit2 orang kata. Pergi tanya/jumpa orang yang arif pasal hukum hakam ni sendiri. Hukum hakam tak de fleksibel. Ni bukan khilaf. Yang haram tetap haram. Mana boleh menghalalkan yang haram. Dah terang2 dalam quran cakap haram tu haram la. Please laa be alert and concern about this issues.

Eh, ko ni sibuk r. Dosa aku! Ikut suka aku r nak makan apa. Dosa masing2, kubur lain2 r. Jangan nak cakap dosa pahala la depan aku. Ko sape? Ulama’?
Nape? Nak tunggu ulama’ nasihat ko dulu baru nak dengar ke?Ok, takpe la camtu, aku dah jalan tanggungjawab aku nasihat and bagi info kat ko yang tak tau atau buat2 tak tau ni. Aku nasihat sesama muslim. Bahagian aku dah lepas okay (~_^)

Sebenarnya atas diri kita jer, pilihan depan mata ada jer, tapi terpulang pada kita nak pilih ke tak. Dah tahu kedai tu jual non halal food tetap nak beli makanan kat situ. Kalau tak tahu takpe la, ni dah tahu, tapi nak jugak. Eiii.. tak faham aku. 

Kalau rasa entry aku ni bercanggah, sila bagitahu yer. Mana la tahu ada ustaz, ustazah, pegawai agama, ulama’, mufti ke yang kata sebaliknya apa yang aku cakap ni. Sila inform ek. Bagi no phone pegawai agama tu pun boleh gak. Aku nak gi tanya sendiri. Perasaan ingin tahu aku kan menebal (~_^)

Endnotes : Aku memang geram orang yang suka ambik remeh benda2 yang jelas haram ni. Pastu mula la nak menegakkan benang yang basah. Haa nak marah lettew. Orang gitau sikit nak marah, nak melenting. Yang baik tu tak nak dengar, tak nak ikut. Buat keras kepala tu, buat! Wahh..garang tak aku? garang tak? TAKKK.. okayy fine.. huhuu Babaiii (^_^)

10 comments:

Miss Tatie said...

cam cina tu i tatau. but if u go to the country cam uk, diorang very particular tau between vegetarian and makan daging. so takde soal isu pencampuran di situ...
many of malaysia students keje sane.... and if the restaurant mix kan between meat and veggie, serta merta ditutup.in india also like that.. cume di country kita je tak extreme camtu. diorang nye vegetarian memang extreme, sampaikan sudu, pinggan and kuali pun taknak campur. siap ade persatuan lagi.. plus, kat sane banyak kedai arab and makanan halal. so tak perlu risau.

itu di london and sekitarnya. kalo di indonesia pulak, pengalaman berbeza. pernah terlihat seorang wanita bertudung labuh seperti ustazah menjual makanan. and bila wanita tu bongkok, terdapat rantai salib di dalamnya.ramai yang mengganggap owh indonesia senang nak dapat makanan halal. memang ye, tapi di daerah sumatera dimana ramai penduduk islam. tetapi di sekitar bandung dan jakarta amatlah sukar...

so, renung-renungkan. dan sebenarnya, lebih baik makan di london daripada makan di negara sendiri. sekurang-kurangnye negara mereka ketat dengan peraturan dan saman-menyaman, berbanding di malaysia, orang melayu jual daging ayam pun tak semestinya halal .. lihat saja kes aritu di penang, penjual ayam melayu beli daging dari cina .. ape kes...


opss sorry terlebih comment. hihi

zuyyin zulaikha said...

miss tatie : wah2..gud info.Tu la, padahal kat luar negara tu mesti ada je yang halal food kan.Depends pada kita la nak pilih ke tak.Nasihat saya la,tak kira la kita gi makan kat mana2 pun, tapi kalu rasa was2, tak pasti ragu2 dah jadi syubhah tu baik tinggalkan/jangan makan kat situ. Syubhah tu apa?syubhah tu bila kita tak pasti samaada HALAL / HARAM. jatuhlah syubhah :)Faham semua readers2 ku? kihkih..

Anonymous said...

masa i g china..i dbawa mkn kt 1kdai makan yg katanya halal..tp agk meragukan la..sbbnya dlm kdai tu t'sedia gk utk yg non-halal..xtau samada dapur yg digunakn utk masak makanan halal n non-halal tu sama atau ada dapur berasingan..

kt indonesia plak wlaupun kita rase kt sana rmai org islam..nk cri tmpt mkn msti senang..tp sebenarnya x..org islam n bukan islam disana hampir tdk dpt dibezakn..bab2 mknan pn agk susah la nk tau halal ke x..cntohnya kt medan..

tq zuyyin..entri ni ckup menarik..luv u..bye.. =)

zuyyin zulaikha said...

anon : kalu meragukan better tak payah mkn kat situ kan.Tu dah jadi syubhah.kih2 Jom la kita gi travel ke negara arab :)

riesya honey said...

kalo dah jenis xkesah halal haram,kat msi pon dorg men bedal je.bulan pose thn lpas,plan nk buka pose kt jusco tebrau skali RASAMAS n fast food len dah penuh.pusing2 la dlu bg org len bka pose dlu.masa pusing u,amatla terkejut bila tgk ramai gak mlayu2 ni g bratur kt kedai yg trang tang2 mknan cina n lgsung xde tanda halal.xnak terlepas waktu bebuka la knonnyetp sngup g mkn kt tpt camtu..terkejut ambe...
pose2 pose la..mknan yg buka pose tu camne ye...pikir2 la sblm buat sesuatu.

zuyyin zulaikha said...

riesya: A'ah, pernah gak tengok time waktu berbuka pose,kedai makan yang halal penuh, dorang men bedal masuk kedai cina yang terang2 non-halal.

ShUhaDaH said...

lapa perot aku bila baca. too long dis entry . haish ~ but padat with da infomation ..
so if i wanna travel after dat i juz bring fast food only lorh . .mkn megi tok 3 hari xslh pon kan ?? hahaha~
nk ke swis mek ? gi buat pasport dulu .. around 300 n above kot .

A.H.H said...

bwk bekal je..bwk meggi dr mlaysia ...huhu ;p
btw...guddd entry cik zuyyin.kite bakor je restoran yg jual halal haram campur2 tu XD

zuyyin zulaikha said...

AHH: tak leh bakor business org.hamba2 Allah yang berkenaan yang salah, tak pilih dulu before gi makan. men bedal jer.huu

ADIB ISHAK RATU LONGCHAMP said...

Islam itu mudah..sila buat kajian lbh teliti bab halal haram makanan di luar negara terutamanya yg kurang penduduk islam...ada yg hukumnya harus dan dibenarkan...wallahualam